Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan

Inovasi penilaian perkhidmatan secara elektronik di semua agensi Kerajaan Malaysia

46

Medium Tablet (lokasi)

209

Medium Kod QR (lokasi)

11

Medium Kod QR & Tablet (lokasi)

Terkini

Ikuti perkembangan terkini berkaitan eRating

Card image cap
Terbaru Taklimat dan demonstrasi Sistem eRating kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Baca selanjutnya
Card image cap
Terbaru Kajian Impak dan Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan Secara Elektronik (eRating).
Baca selanjutnya
Card image cap

Terbaru Kini anda boleh menggunakan ciri Kod QR sebagai alternatif kepada penggunaan Tablet di kaunter agensi. Pelanggan hanya perlu mengimbas Kod QR untuk membuat penilaian.

Video penggunaan eRating versi Kod QR.

Baca selanjutnya

Ciri dan Fungsi Sistem

Ciri-ciri dan fungsi Sistem eRating merangkumi perkara di bawah

features
Modul Pentadbiran

Modul pentadbiran yang terperinci dan sistematik.

Modul Analisis

Modul Analisis berbentuk grafik (dashboard)

Modul Laporan

Modul Laporan yang boleh dijana berdasarkan kriteria yang diperlukan.

Antara Muka mesra pengguna

Antara muka sistem yang mudah digunakan untuk membuat penilaian sama ada melalui Tablet atau Kod QR.

Galeri

Antara muka dan infografik sistem eRating

Muat Turun

Dokumen Manual eRating; Video pengimbas Kod QR melalui portal dan Video Montaj eRating

Card image cap

Sila klik pautan di bawah untuk membaca atau muat turun manual pengguna.

Muat Turun Manual eRating

Card image cap

Klik butang pautan di bawah untuk melihat Video pilihan

1. Video Montaj eRating
2. Video pengimbas Kod QR melalui portal eRating

Card image cap


Klik pautan di bawah untuk memuat turun Borang Maklumat Pendaftaran Pentadbir eRating Agensi

Muat turun Borang Maklumat Pendaftaran Pentadbir eRating Agensi

F.A.Q

Soalan & jawapan bagi membantu anda mengenali Sistem eRating

Bagaimana untuk mengakses Sistem eRating?
Sistem eRating boleh diakses di http://erating2.mampu.gov.my atau klik pada butang Log Masuk di Portal eRating.
Sistem ini dibangunkan oleh MAMPU bagi kemudahan agensi Kerajaan mendapatkan penilaian atau maklum balas ke atas perkhidmatan yang telah diberikan. Sistem ini membolehkan pelanggan yang berurusan di kaunter atau premis Kerajaan untuk menilai perkhidmatan yang diterima secara elektronik. Penilaian dan maklum balas yang diterima dapat dipantau oleh agensi secara atas talian dan laporan dapat dijana dengan pantas. Agensi juga dapat membuat penilaian ke atas tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan khususnya oleh petugas kaunter, seterusnya melaksanakan penambahbaikan ke atas penyampaian perkhidmatan secara berterusan.

Gambar rajah di atas menyenaraikan antara kelebihan menggunakan sistem ini. Selain itu, sistem ini juga ditawarkan secara percuma kepada agensi Kerajaan. Pelanggan boleh membuat penilaian ke atas perkhidmatan agensi sama ada dengan menggunakan tablet yang disediakan di kaunter atau dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan
  • pentadbiran yang terperinci dan sistematik.
  • Modul analisis berbentuk grafik (dashboard).
  • Modul laporan yang boleh dijana berdasarkan kriteria yang diperlukan.
  • Antara muka sistem yang mudah digunakan untuk membuat penilaian sama ada melalui tablet atau mobile (Quick Response (QR) Code) – Kod QR.
  • Penilaian eRating dapat dibuat oleh pelanggan menerusi paparan penilaian pada tablet yang disediakan atau menerusi paparan penilaian eRating di telefon pintar setelah mengimbas kod QR eRating yang dipaparkan di kaunter atau premis agensi.
    Sistem ini dapat membantu agensi untuk mengumpul dan memantau penilaian serta maklum balas yang diterima daripada pelanggan secara elektronik. Sistem ini juga dapat menjana laporan secara real-time dan membantu agensi dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan. Dengan itu, imej dan prestasi penyampaian Kerajaan khususnya di kaunter agensi dapat ditingkatkan.
    Selain digunakan untuk menilai perkhidmatan kaunter atau petugas kaunter, Sistem eRating juga boleh digunakan untuk menilai sebarang perkhidmatan atau fasiliti yang disediakan untuk kemudahan pelanggan di premis agensi.
    Berikut adalah aktiviti yang terlibat dalam penilaian eRating:
    Tidak perlu.
    Secara umumnya, agensi memerlukan medium seperti komputer meja atau komputer riba untuk mengakses Sistem eRating bagi tujuan pemantauan dan penjanaan laporan. Manakala keperluan yang perlu disediakan oleh agensi untuk melaksanakan penilaian eRating di kaunter atau premis berdasarkan medium pelaksanaan adalah seperti berikut:

    Penilaian eRating menggunakan kod QR adalah lebih mudah dan jimat untuk dilaksanakan kerana agensi tidak perlu menyediakan sebarang peranti (contohnya tablet). Di samping itu, pelanggan juga dapat membuat penilaian tanpa perlu menyentuh skrin tablet yang digunakan secara guna sama dengan pelanggan lain. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan dengan menggunakan telefon pintar masing-masing untuk membuat penilaian.
    Terdapat empat (4) kategori pengguna bagi Sistem eRating versi 2.0 dengan peranan seperti berikut:
    Ya, Pentadbir Agensi boleh mendaftar atau menambah pengguna di agensi mengikut keperluan menerusi Sistem eRating. Pentadbir Agensi juga perlu mengemaskini status aktif atau tidak aktif seseorang pengguna di agensi.
    Ya, agensi boleh menjana sendiri laporan melalui Sistem eRating. Pentadbir Agensi berperanan untuk menjana laporan dan membuat pemantauan ke atas penilaian dan maklum balas yang diterima terhadap perkhidmatan kaunter atau fasiliti yang disediakan di premis agensi.
    Kod QR eRating dapat dijana dan dicetak melalui Sistem eRating oleh Pentadbir Agensi. Sila rujuk Manual Pengguna di Portal eRating untuk maklumat lanjut.
    Kod QR boleh dijana berdasarkan pengguna yang didaftarkan ke dalam sistem. Sekiranya agensi ingin menjana kod QR untuk penilaian ke atas individu/ petugas kaunter, maka setiap petugas kaunter perlu didaftarkan. Manakala, sekiranya agensi hanya ingin penilaian dilaksanakan ke atas sesuatu perkhidmatan atau kaunter, maka perkhidmatan atau kaunter tersebut perlu didaftarkan ke dalam sistem untuk menjana kod QR bagi elemen tersebut berdasarkan keperluan agensi.
    Tidak perlu. Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) atau Petugas Kaunter hanya perlu memastikan kod QR dipaparkan di hadapan kaunter atau lokasi sesuai untuk diimbas oleh pelanggan bagi membuat penilaian terhadap perkhidmatan yang diberikan.
    Ya, agensi boleh menggunakan tablet bersama-sama dengan kod QR bagi penilaian eRating.
    Untuk makluman, MAMPU tidak lagi menyediakan penyenggaraan serta penggantian tablet eRating yang rosak atau tidak berfungsi kerana waranti bagi penyenggaraan tablet telah tamat pada 12 September 2019. Agensi perlu menyenggara atau menyediakan sendiri tablet untuk kemudahan penilaian menggunakan medium tersebut. Namun, MAMPU menggalakkan agar agensi menggunakan penilaian eRating versi kod QR bagi menggantikan pelaksanaan eRating menggunakan tablet kerana lebih mudah dan tanpa kos tambahan.
    Agensi perlu menyemak capaian dan kelajuan internet semasa (current internet speed) di tablet tersebut kerana akses ke sistem bergantung kepada lebar jalur (bandwidth) dan kelajuan internet di agensi bagi memuat turun atau memuat naik data bagi sesuatu paparan.
    Maklumat yang terkandung dalam sistem ini disimpan di dalam pangkalan data Sistem eRating di Pusat Data Sektor Awam (PDSA), MAMPU. Selain Pentadbir Agensi yang berkenaan, hanya Pentadbir Sistem eRating di MAMPU dapat mengakses laporan penilaian keseluruhan agensi bagi tujuan pemantauan dan pelaporan.
    Agensi perlu mengemukakan permohonan untuk menggunakan Sistem eRating melalui e-mel rasmi kepada eratingmampu@mampu.gov.my di samping menyertakan maklumat pegawai yang bertanggungjawab untuk dihubungi. Permohonan tersebut juga perlu atau disalinkan (cc.) kepada pihak pengurusan agensi untuk makluman. MAMPU akan menghubungi pegawai yang bertanggungjawab untuk proses pendaftaran Pentadbir Agensi bagi memulakan pelaksanaan eRating di agensi.
    Kerjasama dan komitmen semua pihak terutamanya sokongan pengurusan atasan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan eRating di agensi. Kami mencadangkan agar peranan petugas kaunter untuk memberi makluman serta menggalakkan setiap pelanggan yang berurusan untuk membuat penilaian eRating ke atas perkhidmatan yang diterima, dimasukkan ke dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) perkhidmatan di kaunter. Hal ini bagi meningkatkan jumlah penilaian oleh pelanggan ke atas perkhidmatan agensi seterusnya membolehkan penyampaian perkhidmatan sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi memenuhi kepuasan pelanggan agensi.

    Aktiviti

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang 2019 - 2021

    Hubungi Kami

    Telefon

    603-8000 8000 / 603-8872 3107 / 603-8872 5097

    Alamat

    Pasukan eRating
    Jabatan Digital Negara
    Bangunan MKN Embassy Techzone Blok B, No. 3200 Jalan Teknorat 2 63000 Cyberjaya, Sepang Selangor Darul Ehsan

    E-mel

    eratingmampu@digital.gov.my

    eRating versi 3.0 MAMPU 2024