Kajian Impak dan Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan Secara Elektronik (eRating)


Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang melaksanakan Kajian Impak dan Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan Secara Elektronik (eRating).

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi menilai keberkesanan pelaksanaan eRating serta mengenalpasti pemilik proses dan hala tuju pelaksanaan eRating pada masa hadapan ke arah pendigitalan perkhidmatan dan penyediaan proses secara end-to-end (E2E).

Metodologi atau pendekatan yang digunakan bagi pengumpulan maklumat kajian ini adalah kuantitatif iaitu menerusi soal selidik yang diedarkan kepada agensi sampel untuk maklum balas dan kualitatif iaitu menerusi sesi temu bual yang diadakan bersama pengurusan MAMPU dan pengurusan agensi yang berkenaan.

Soal selidik dan sesi temu bual dilaksanakan secara atas talian. Kajian ini bermula pada April 2021 dan dijangka selesai pada Oktober 2021.

eRating versi 3.0 MAMPU 2022