Taklimat Dan Demontrasi Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan Secara Elektronik (eRATING) Kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


Satu sesi TAKLIMAT MENGENAI SISTEM PENILAIAN KEPUASAN PELANGGAN eRATING MAMPU telah dijalankan secara dalam talian pada 01 September 2021. Sesi yang dianjurkan oleh JKM ini bertujuan memberikan penerangan mengenai komitmen JKM dalam meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan pelanggan serta penerangan mengenai Sistem eRating yang akan diperluaskan pelaksanaannya ke semua Pejabat JKM seluruh negara.

Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Hajah Wan Zarina binti Wan Salleh, Pengarah Bahagian Kawalan Standard, Ibu Pejabat JKM, Putrajaya. Sesi ini dihadiri oleh lebih 170 wakil pengguna dari semua Pejabat JKM negeri dan daerah.

Sesi dimulakan dengan Taklimat Usaha Meningkatkan Kualiti Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan JKM oleh Encik Khairul Amri bin Ahmad dari Bahagian Kawalan Standard JKM. Sesi diteruskan oleh Pasukan eRating MAMPU dengan penyampaian Taklimat Sistem eRating oleh Puan Asnida Akmal Noor binti Che Ahmad dan diikuti dengan demonstrasi Sistem eRating oleh Encik Noorfazili bin Rosani dibantu oleh Cik Siti Aminah Hanum binti Che Kob.

Sesi soal jawab dilaksanakan secara langsung (live) dan menerusi ruangan chat sewaktu sesi berlangsung untuk menjawab sebarang persoalan daripada wakil pengguna mengenai pelaksanaan eRating. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh pihak JKM dalam menggunakan dan kini memperluaskan pelaksanaan eRating ke seluruh Pejabat JKM amat dihargai.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan eRating atau penggunaan Sistem eRating boleh dirujuk kepada Portal eRating https://erating.mampu.gov.my atau dengan menghubungi Pasukan eRating MAMPU melalui e-mel eratingmampu@digital.gov.my.


Taklimat Usaha Meningkatkan Kualiti Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan JKM oleh Encik Khairul Amri bin Ahmad dari Bahagian Kawalan Standard JKM.
Card image cap
Taklimat Sistem eRating disampaikan oleh Puan Asnida Akmal Noor binti Che Ahmad dari Pasukan eRating MAMPU
Card image cap
Demo Ringkas Sistem eRating MAMPU oleh Encik Noorfazili bin Rosani dan Pasukan eRating MAMPU.
Card image cap
Card image cap
Card image cap
Card image cap
Sepintas lalu Peserta yang menghadiri taklimat
Card image cap
Card image cap
Card image cap
Card image cap

eRating versi 3.0 MAMPU 2022